Tuesday, February 1, 2011

Jajangmyun @ Mee sos korea + Kimchi

jajiangmyn2.jpg

       Best ya bila dapat makan jajangmyun dengan kimchi nie...hhahahaaa...aku kalau demam ja selalu suka makan benda yang pelik pelik.. hehhee pelik ka...tak ada la... mana ada pelik..ok apa???  tapi yang pening mak aku la...sampai mak aku cakap..nanti kalau kau mengandung entah apa yang ko mintak.. anyway bab tu lain cerita....lama lagi mak oiii....bakal suami pun tak tahu lagi....sapa yang sudi jadi menantu mak aku...Isi borang cepat cepat la ya....hehehe lawak la pulak....Ok korang mau ka cara cara buat jajangmyun nie...
       First cara caranya sediakan mee kuning or spegeti, kicap jalen (kalau kicap lain tak berapa sedap), zikunni @ timun, tepung jagung, cili, sos cili, tauhu (yang siap digoreng dan dipotong serong), daging ayam or daging lembu, cuka (kalau suka), sos tiram, black paper (lada hitam), stok ayam skit, lobak...dan apa2 bahan yang korang suka la...korang letak ja...ikut selera korang..hehhehee...tapi resepi nie aku dah ubah skit ikot selera Asia Tenggara, Melayu and tekak Jawa aku......hahahahahhaa ^_^
      Mula mula korang tumis cili dengan daging ayam or daging lembu yang dipotong dadu...lepas daging tu dah empuk korang masukkan kicap dengan sos..masukkan tepung jagung biar kuah mee korang pekat...ala ala kuah dah masak masukkan mee kuning or spegetti yang korang dah rebus....tadaaaa..ermm siap pun mee sos korang atau dipanggil sebagai jajangmyun dalam Bahasa Korea...untuk hiasan korang boleh letak tauhu, zikunni dan lobak yang dihiris...Confirm sedap la......tapi lagi sedap kalau dimakan dengan kimchi...ermmm sebenarnya ikut tekak korang jugak....kalau mulut aku masuk ja...sebab tu mak aku cakap...aku campak kat mana mana pun boleh hidup... Ermmm banyak betul iklan dari mak aku nie ... Selamat mencuba ^_^


15 comments:

  1. oh, lain dr yg lain la resepi yg awk bg... ble dh di asia tenggara kan, mcm sng nk buat... tekak awk ngn sy sme, rsenye... nnti nk buat la~

    ReplyDelete
  2. cuba la..insyaallah sedap...awk boleh letak sos tiram,sos tomata,seafood pun boleh letak..kalau mee tu awk boleh tukar meggi kering yg mereka selalu buat mee sos...yg penting kuah sos dia mste lebih skit bila dituang pada mee...xpe kalo nak modified pun boleh... ikot citarasa awk...selamat mencuba..

    ReplyDelete
  3. lame dah sy cari tauuuuuuuuuuuu..okay tq post..mmuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedap pakai mee udon ya... Tak ada mee spaghetti...kalau tak ada, mee kuning pon ok... Cuma tak kenyal saja.

      Delete
  4. cili yg tumis tu cili kisar or cili yg belum dikisar?

    ReplyDelete
  5. Cili tu sebenarnya kadang aku guna cili kering blend....kadang cili padi...tp selalu aku combine dua2 sekali...tp pd citarasa aku kalau tambh byk sos lg sedap...try la...kalo org xbiasa mereka akn ckp yg lebih kurang je rasanya....tp lg sedap mkn jajangmyun yg kt restoran jepun

    ReplyDelete
  6. kak, mintak tolong bagi resepi tu detail ckit, boleh tak? :)..sbb sy xberapa jeas sgt berapa sukatan...

    ReplyDelete
  7. Ok dik Lyna...
    Untuk 250g mee kuning or 1/4 paket
    Bahan-bahan untuk sos pekat
    1. Stok ayam 1 cawan or 250 ml
    2. Sos cili 7 sudu besar
    3. Sos tiram 2 sudu besar
    4. Sos lada hitam 1 sudu besar
    5. Tepung jagung 1/2 sudu besar
    6. Cili padi 5 biji(ikut tahap pedas kesukaan awk)
    7. Bwg besar yg saiznya lebih kurang bola golf 1 biji.
    8. Bwg putih 1 biji.
    9. Sedikit isi ayam mentah yg dipotong dadu.
    10. Kicap jalen manis yg botol merah 5 sudu besar..
    11. Serbuk perasa or garam secukup rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedap pakai mee udon ya... Tak ada mee spaghetti...kalau tak ada, mee kuning pon ok... Cuma tak kenyal saja.

      Delete
  8. Cara-cara membuat sos

    1. Blend cili padi bersama bwg besar & bwg putih.
    2. Panaskn kuali kecil, masukkan minyak dan tumiskan bahan-bahan yg telah diblender.
    3. Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan daging ayam. Kacau bahan tumisan.
    4. Apabila agak sebati masukkan stok ayam, sos tiram, sos cili, sos lada hitam & kicap.
    5. Biarkan sebentar sementara sos mulai pekat.
    6. Masukkn tepung jagung yg telah dikacau dgn 1/2 cawan air.
    7. Kacau sos sehingga benar-benar masak & masukkn sedikit perasa atau garam.

    ***sekiranya kuah sos agak pekat tambah sedikit air...sekiranya kuah agak cair tambah sedikit sos cili atau air tepung jagung...
    ***kepada penggemar sos yg agak pedas or org Johor panggil hantu lada boleh tambah lg cili padi...
    ***daging ayam boleh ditukar dgn daging lembu & kepada penggemar tegar seafood boleh masukkan apa2 makanan laut kegemaran anda ketika kuah sos hampir masak. Takut terlebih masak..
    ***sos ini biasanya cukup-cukup untuk sebuah mangkuk mee kari yg dijual dikedai...
    ***biasanya sy jarang guna garam. Sy guna sedikit knoor pasti sedap or maggi cukup rasa.

    ReplyDelete
  9. Cara- menghidang jajangmyun

    1. Goreng tauhu basah 1 ketul, daging ayam @ udang basah. Kemudian potong ikut bentuk kesukaan anda. Bagi udang jgn dipotong, cuma buangkan kulitnya sahaja.
    2. Celur sedikit mee kuning & toskan.
    3. Masukkan mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah sos tadi ke dalam mangkuk.
    4. Hiaskan dengan tauhu, daging ayam goreng @ udang & sedikit timun @ lobak potong.
    ***Masa menghidang pastikan masih panas, kerana jajangmyun sedap dimakan panas-panas.
    ***jika anda penggemar tauge @ jeruk lada boleh ditaburkan di atas mee..Minggu lepas sy sudah cuba agak sedap bagi tekak jawa sy.
    ***pastikan saiz mangkuk anda agak besar sebab takut tertumpa kuah atau bhn hiasan semasa menggaulnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sedap pakai mee udon ya... Tak ada mee spaghetti...kalau tak ada, mee kuning pon ok... Cuma tak kenyal saja.

      Delete
  10. dah lama sy cari resepi jajangmyun ala-ala melayu ni sbb tgk korean mkn mcm sedap je. and resepi akak nmpk simple dan senang nak buat. thanks sbb post resepi ni secara mendalam :)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Kimchi untuk 2 orang makan.
      Bahan-bahan
      1. Kobis Napa 500gm.(selalu aku pakai separuh ja)
      2. Cili padi 1 tangkai dipotong halus.
      3. Serbuk lada 1 sudu besar. ( aku suka pakai jenama Babas)
      4. Bawang putih 2 ulas dicincang halus.
      5. Halia 1 inci dicincang halus.
      6. Daun bawang 1 tangkai dipotong 2 inci.(kalau korang suka rasa asli xnak letak pon ok ikut citarasa sendiri)
      7. Garam 1 paket kecil yang 250 gram tu je.
      8. Tepung beras 3 sudu besar.
      9. Air masak 1 cawan (senang beli 1 botol air mineral yg kecil tu, ambil separuh botol )
      10. Serbuk pati ayam maggi(tak suka pakai garam or gantikan dengan sos ikan)
      Aku tak suka sangat bau sos ikan sebab tu tak suka letak.
      11. Air limau kasturi/lemon 1 sudu besar.
      12. Kacang tumbuk 1 sudu besar.
      13. Sedikit gula.

      Cara-cara membuatnya
      1. Basuh kobis bagi bersih. Selalu aku tanggalkan sehelai-sehelai daunnya. Takut ada ulat. Dah bersih toskan.
      2. Ambil 1 bekas yang ada penutup untuk mengisi kobis yg telah dilumurkan dengan garam. Lumur semua permukaan kobis dengan garam. Dah siap, simpan dalam 1 jam.
      3. Selepas 1 jam cuci kobis dengan air bersih & toskan. Lepas toskan potong kobis ikut suka & ketepikan sebentar untuk buat sos.
      4. Untuk bahan sos, masukkan 1 gelas air dalam periuk & 3 sudu besar tepung beras. Kacau supaya tak berketul-ketul.
      5. Panaskan bancuhan air tepung beras itu tadi sehingga likat. (pastikan api kecil ya)
      6. Sudah agak likat masukkan 1 sudu besar serbuk cili. Teruskan kacau sehingga sebatian agak pekat.. Dah pekat tutup api dan biarkan sedikit sejuk.
      7. Dah sejuk, gaulkan kobis tu dengan sos yg kau dah buat sampai sekata.
      8. Letakkan sedikit serbuk ayam maggi untuk dapatkan rasa kick dia, daun bawang, halia, bawang putih, cili padi dan kacang tumbuk.
      9. Adjust rasa dengan letakkan sedikit air limau dan gula.
      10. Kalau korang suka pedas nak tambah cili & tak nak letak gula pon ok.

      Aku suka letak kacang tumbuk dengan air limau sebab kena dengan tekak Asia Tenggara aku.
      Kimchi nie lebih kurang kerabu... Ko letak la bahan apa yang korang suka...
      Kadang makan dengan ikan kering, ikan goreng dan nasi panas-panas pun dah terangkat.
      Aku kalau buat kimchi untuk makan 1 hari je... Tak suka sangat simpan dalam peti ais lama-lama.
      Masa tu 1 hari menunya kimchi.

      Delete