Tuesday, April 26, 2011

(*---*) Alkisah kEk batik dan moist. chocolate caKe (*---*)

     Setiap orang tentu ada kek kegemaran korang kan...begitu juga dengan aku...aku suka makan moist. chocolate cake dan kek batik...sebab kedua-dua kek nie la yang paling senang nak buat dan paling aku suka...lagipun aku suka makan chocolate....tapi aku rasa setiap wanita mesti tidak akan pernah tolak chocolate kan kalau diberi...so tak mustahil aku sangat jatuh cinta dengan chocolate
     So...setiap kali hari jadi aku comfirm aku pasti akan buat moist. chocolate cake...sebab itu kek ini sangat special kepada aku...kepada orang yang pernah merasa kek yang aku buat... mereka nie boleh dikategorikan sebagai orang yang beruntung dan istimewa...ye la...bukan senang aku nak buat tau...semuanya memerlukan kerajinan aku...kihkihkih...nampak sangat aku malas kan...walauapapun setiap kek yang aku buat mesti korang tak dapat kat mana mana...mestila...special edition jer.....kalau korang nak makan jugak korang kena bodek aq....ngeh3 poyo jugak aku nie...tak ada la...aku ok jer sebenarnya kalau nak buat..janji korang sediakan bahan bahannya la...no bahan bahan no cake la....hahhahahhahaa ^_^
     Cerita tentang kek batik pulak aku start suka makan time aku tingkatan 6 atas...aku belajar buat pun sebab aku suka kat seseorang time tu...alkisahnya nak bagi kat orang yang aku suka...tapi last last aku bagi kat kawan sekelas chinese aku yang baik hati (Matilda)....hehehhee gek gok kan aku nie...aku minat dia sebab dia suka pinjam note dan buku geografi aku...muka dia tenang sebab tu kot aku suka....ermmm koya yer aku time nie....welll tak beberapa matang....
     Demikianlah alkisah mengapa aku suka moist. chocolate cake dan kek batik....disebabkan kek batik nie ada makna yang begitu  mendalam bagi aku...aku akan ajar korang semua cara cara nak buat kek batik nie... semoga dengan resepi kek batik nie, ianya dapat mencuri hati seseorang yang korang semua minat...kalau nak buat pikat hati mak mertua pon boleh jugak...hehehehhehee

     Firstly kalau nak buat kek batik nie korang kena sediakan 1 cawan milo,chocolate masakan sederhana manis,3 sudu makan serbuk koko, 1 cawan susu krim manis, 1 setengah cawan butter, 1/2 cawan air horlick pekat dan biskut marie ...lepas tu prepare awal-awal loyang  dan alasnya dengan plastik bersih or kertas pelapik bersih supaya time kek  tak melekat dalam loyang masa nak keluarkan...

     1. Langkah pertama, panaskan air di dalam kuali...then,  masukkan chocolate masakan nie kat dalam periuk yang mempunyai pemegang.
     2. Seterusnya, cairkan chocolate masakan yang dalam periuk nie ke dalam air yang mendidih...tujuannya supaya chocolate tak hangus semasa mencairkannya...apabila chocolate dah cair... keluarkan periuk yang ada adunan chocolate nie keluar daripada air mendidih...dan pindahkan periuk yang berisi chocolate nie di atas dapur yang mempunyai api perlahan...
     3.  Selepas tu terus masukkan bancuhan air horlick pekat...tujuan air horlick nie dimasukkan supaya kek batik  tak keras macam batu apabila mahu dipotong selepas dikeluarkan dalam peti ais...kuantiti chocolate masakan nie lebih kurang 250 gram atau 2 cawan...kalau tak suka air horlick...boleh jugak digantikan dengan susu dutch laday yang berperisa varnila or berperisa susu asli...
     4. Langkah seterusnya apabila bancuhan air horlick  nie dah sebati dalam chocolate...masukkan 1 cawan setengah butter pulak ke dalam adunan.... kacau butter nie sampai dia sebati dengan adunan chocolate...
     5. Selepas tu boleh terus masukkan susu krim manis, milo dan serbuk koko...kuantiti bahan bahan nie korang boleh adjust ...kalau suka manis korang letak lebih susu...kalau  nak kurangkan kuantiti pun boleh...tapi aku lebih suka lebihkan milo sebab lebih sedap...anyway...semuanya nie ikut citarasa korang jugak...
     6. Langkah terakhir...korang patahkan biskut marie kepada 4 bahagian dan masukkan kedalam aduanan chocolate......kemudian, kacau sehingga sebati....apabila sudah sebati matikan api dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dan sejukkan ke dalam peti ais semalaman....adunan ini perlu dimampatkan sedikit supaya tidak terdapat ruang antara biskut.....Selamat Mencuba ^__^

      P/S : kuantiti biskut yang nak dimasukkan dalam adunan chocolate terpulang kepada korang...kalau korang suka biskut lebih...korang masukkan lebih...walaubagaimanapun, kuantiti biskut yang hendak dimasukkan ke dalam adunan chocolate mestilah sama banyak dengan adunan chocolate or kurang sedikit daripada chocolate...Kalau ikut citarasa aku...aku lebih suka biskut marie yang hendak dimasukkan ke dalam adunan chocolate nie kurang sedikit supaya dapat rasa nikmat chocolate yang lebih...
       Disamping itu, korang boleh jugak potong kek batik ini dadu dadu untuk dimasukkan dalam cawan kertas yang cantik...apabila dah dimasukkan dalam cawan kertas korang boleh curahkan chocolate di atas potongan kek batik nie dan tabur dengan hirisan badam...kek cawan batik nie jugak korang boleh hidangkan semasa hari raya untuk menambahkan kelainan dalam hidangan hari raya korang...comfirm lepas nie ramai yang terpikat dengan kek batik anda....Dan jangan lupa ....selamat berjaya dalam usaha korang untuk mengurat atau memikat hati seseorang yang korang suka atau minat....aja aja fighting <3 <3 <3