Tuesday, March 5, 2013

KERJA OH KERJA

       Setiap orang mesti menghadapi masalah apabila mula mencari kerja. Begitu juga dengan aku, kerja kat Johor ni berlambak-lambak antara hendak ataupun tidak. Bila sudah dapat kerja, masalah pengangkutan juga yang terjadi. Hendak dijadikan cerita aku la orangnya. Fuh susah juga kalau tidak ada kereta sendiri nie, hendak pinjam kereta orang alamatnya kena cakap belakang la, walaupun dengan adik-beradik sendiri...taubat-taubat. Ini kali terakhir aku bergantung dengan orang. Gara-gara ini juga aku terpaksa tolak jawatan Operation Manager di salah sebuah cawangan company yang baru hendak dibuka di tempat aku..Tapi nak buat macam mana memang tidak ada rezeki. Nasib baik ada mummy yang banyak memberikan galakan dan sokongan tulang belakang aku. Sedih juga bila terpaksa menolak offer yang diberikan setelah penat pergi interview. Mana tidak sedih, aku rasa cita-cita aku terkubur kalau aku tak dapat kerja nie...Ofcouse la, kalau tidak kerja macam mana hendak fikir untuk bayar segala bil-bil, pinjaman PTPTN, simpanan nak beli kereta lagi. HOHOHHHHOHO

       Hendak dijadikan cerita hari ini 5 Mac 2013, aku gagahkan diri untuk telefon bakal bos tak jadi aku tu. Nasib baik dia understanding bila aku menghadapi masalah "KONFLIK PENGANGKUTAN" untuk terima offer yang dia bagi tu. Penat punya explain, dengan speeking yang agak terabur, akhirnya bos tu mengalah juga dengan keputusan aku. Aku cakap, memang kerja yang dia offer tu bukan rezeki aku sebab kena manage sebuah cawangan sampai pasaraya tu tutup. Aku memang tak boleh balik selepas pukul 10 malam, yer la nak pinjam kereta orang pi kerja pun susah asyik kena bebel. Mana tahan telinga aku. So aku terpaksa juga tolak offer tu. Tapi hanya Tuhan saja yang tahu ketika itu, bakal bos tidak jadi aku tu offer aku jadi PA dia...Ya Alllah, rezeki-rezeki, peluang hanya datang sekali seumur hidup, dengan gaji yang agak lumayan dan boleh pergi bercuti AKA outstation hahahaahah, aku rasa this is my new life. Aku rasa aku sudah boleh nampak bayang-bayang kereta aku sendiri pertengahan tahun nie. Anyway, aku harap yang keputusan aku nie tidak salah, Ya Allah permudahkan rezeki dan kelebihan yang banyak padaMu supaya hamba Mu ini juga merasai kebaikan rahmatmu.

       Buat semua, betul kata orang bukan senang hendak senang, banyak cabaran yang kita perlu lalui untuk mendapat apa yang kita impikan. Lagipun sekarang bukan senang hendak cari kerja, kita tidak boleh memilih sangat. "tapi " peristiwa nie buat aku teringat pada seorang staff di tempat aku belajar dulu yang jangan jadikan Ijazah kita sebagai tempurung kelapa untuk meminta seperti seorang sedekah" maksudnya pada pandangan akulah jangan jadikan IJAZAH kita sebagai tiket yang kita boleh dapat pekerjaan dan berlagak, tapi gunakan bakat yang kita ada untuk melayakkan diri kita mendapat pekerjaan itu walaupun kita terpaksa bermula dari bawah ^_^

       Segala puji bagi Allah yang Maha Mengasihani dan Pemurah. Aku bersyukur kepadamu Ya Rabb. ALHAMDULILLAH semoga aku dapat melalui kerja sebagai seorang PA ini dengan lancar tanpa ada dugaan yang tidak mampu aku tanggung. Esok aku bagi keputusan, dan mungkin aku sudah boleh start kerja khamis ini......Ya Allah permudahkanlah segalanya agar aku boleh beli kereta tahun ini juga. Amin.