Sunday, August 11, 2019

MENANTI SEBUAH HARAPAN

Banyak  liku-liku dalam mengharungi sebuah kehidupan yang dipanggil rumah tangga.Kisah yang tak mampu terucap oleh kata-kata. Kadang dapat pasangan yang tak memahami, kadang orang sekeliling lebih banyak menilai, kadang diri sendiri terlalu mementingkan orang lain daripada dirinya sendiri. Terlalu banyak kadang kan dalam kehidupan kita?

Semoga rumahtangga kita sentiasa dalam lindungan Allah Taala. Dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan berkat. Serta kesyukuran dengan segala apa yang dikurniakan Ilahi.

Namun, jauh di sudut hati hambamu ini setiap kali menjelang raya pasti hati ummi hiba, bukan ummi tak kuat sayang. Ummi rindu kamu. Kadang ummi termimpikan kamu. Moga kamu hadir lagi dalam rahim ummi ya sayang. Maafkan ummi ya sayang sebab ummi tak jaga diri ummi dengan terbaik. Ummi dengan baba rindu kamu.

Ummi dan baba berharap agar penantian ini tidaklah lama selepas ummi dan baba kehilangan kamu. Semoga Allah memudahkan urusan ummi dan baba, semoga ummi dan baba diberikan kesihatan yang baik. Semoga ummi dan baba dianugerahkan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah yang dengan hadirnya dirimu maka bertambahlah ketaqwaan dan keimanan ummi dan baba.  Aamiin.

Semoga Allah memakbulkan segala doa-doa ummi dan baba.

Muhammad Zafran Danial kamu cinta hati ummi dan baba.


Sunday, July 28, 2019

Ayam Singgang Asam Kukus dan Terung Goreng Berlado Ikan Bilis

Assalamualaikum semua, ok baiklah kita terus kepada menu tengah hari kita.
Menu kita pada tengah hari ini ayam singgang kukus dan terung goreng berlado ikan bilis. 

Menu nie memang terangkat kalau digabungkan sekali.. Sedap bagi tekak aku la.
Biasanya resepi aku untuk 2 orang makan,  almaklumlah aku hanya berdua dengan suami. Doakan kami dikurniakan zuriat yang ramai ya 😍😍😍 InshaAllah nanti boleh lah share dengan korang portion makanan yang lebih besar pula. 



Bahan-bahan
( Untuk 2 orang makan)
1. Ayam 4 ketul (yang telah dipotong dan dibasuh bersih)
2. Halia 1 inci
3. Cili 7 biji
4. Bawang putih 4 ulas
5. Bawang besar 1 biji
6. Daun kunyit 1 helai
7. Tomato 3 biji (separuh masak)
8. Ikan bilis kopek dalam 1 segenggam kecil.
9. Terung panjang 2 biji
10. Minyak masak
11. Garam dan perasa makanan
12. Limau kasturi 1 biji
13. Air masak 2 cawan
14. Pes asam jawa 1 1/2 sudu besar

Cara-cara memasaknya

Ayam Singgang Asam Kukus

1. Mula-mula racikkan halus semua halia, daun kunyit dan separuh bawang besar (lagi separuh kita akan gunakan untuk memasak terung).

2. Ambil 1 biji tomato dan dipotong halus.

3. Cincang 2 ulas bawang putih dan 2 biji cili (kalau suka pedas boleh tambahkan lebih)

4. Letakkan ayam, bahan yang telah diracik, dipotong dan di cincang ke dalam kuali, kemudian  tuangkan 2 cawan air ke dalam kuali yang telah diletakkan dengan pes asam jawa dan dikacau.

5. Letakkan sedikit garam dan perasa makanan.

6. Tutup ayam dan kukus selama 20 hingga 30 minit sehingga masak dengan api kecil.
Adjust rasa masakan apabila ayam telah siap dimasak.



Terung Goreng Berlado Ikan Bilis

1. Potong terung bulat-buat jika saiznya kecil. Jika saiznya besar,  belah kepada 2 bahagian dan potong tipis-tipis.


2. Goreng terung dan ikan bilis sehingga keemasan dan toskan.

3. Potong baki bawang besar dan tomato.

4. Cincang 2 ulas bawang putih dan 5 biji cili.

5. Tumiskan semua bahan yang telah dipotong dan dicincang sehingga naik bau dan keemasan.

6. Masukkan semua ikan bilis dan terung ke dalam kuali dan perasakan dengan garam dan perasa makanan tak kira serbuk pati ayam atau ikan bilis secukupnya.

7. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidang bersama ayam singgang asam kukus. Perahkan sedikit air limau kasturi di atas hidangan terung. Makan semasa makanan masih panas.




Terima kasih suami selalu jadi pembuat air yang paling sedap 😍😍😍


Sandwich Kobis Ungu

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk menikmati hidup ini.

Ok hari nie aku akan kongsikan resepi sarapan pagi Sandwich kobis ungu.
Bahan-bahan dia cukup senang, hanya gunakan apa saja yang ada di dapur. Apa-apa pun boleh.



Bahan-Bahan
1. Telur 2 biji
2. Roti vanila kosong 2 biji
3. Sos lada hitam 2 sudu besar
4. Bawang holland saiz sedang 1 biji (di potong memanjang) 
5. Ayam keping (aku pakai jenama Figo)  
6. Mayonis 3 sudu besar
7. Sos cili 1/2 sudu besar
8. Susu segar full cream 1/2 cawan atau 1 kotak kecil
9. Minyak masak 3 sudu besar 
10. Balance makanan frozen(nugget ayam) 
11. Garam dan perasa makanan

 Nie roti yang aku pakai.
Kalau tak ada pakai roti keping pun ok.

Kalau tak ada ayam keping boleh juga gunakan daging ayam biasa yang telah digoreng dengan sedikit minyak. Kalau ada balance ayam golek atau ayam percik pun boleh guna. Tapi korang kena asingkan tulangnya lah. 


Cara-cara membuatnya

1. Pecahkan telur dan pukul dalam mangkuk.
2. Belah roti kepada 2 bahagian dan ketepikan. 
3. Panaskan kuali, letakkan 1 sudu besar minyak tuangkan separuh bahagian telur dan letakkan roti diatasnya. Garingkan kulit roti mengikut tahap kegaringan yang korang suka. Dah siap buat 2 biji roti, gorengkan pula balance 4 biji nugget yang tinggal menggunakan 2 sudu besar minyak.  




4. Angkat dan sapukan 1 sudu besar mayonis di atas kedua-dua roti.


5. Tumiskan bawang Holland dengan balance minyak yang ada di kuali. Selepas seketika masukkan 2 sudu besar sos lada hitam. Aku suami isteri tak berapa makan pedas, jadi aku letak 2 sudu je. Kalau korang jenis suka pedas tambah 3 sudu besar. 

6. Lepas tu masukkan susu, 1/2 sudu sos cili, 1 sudu mayonis dan ayam keping ke dalam kuali. 
Gaul sehingga kepingan ayam masak. Masukkan sedikit garam dan perasa. 


7. Setelah siap curahkan di atas roti. 

8. Untuk salad, racik sedikit kobis ungu. Masukkan mayonis dan sedikit garam dan gaul sebati. Kalau tak ada kobis ungu, gantikan dengan kobis biasa atau timun. 


Ok sedia untuk masuk ke dalam mulut. 
Selalunya untuk sarapan pagi aku suami isteri makan dalam satu pinggan yang sama bukan sebab sweet manis-manis romantis ya tapi sebab malas nak basuh banyak pinggan 😂😂😂

Selamat mencuba ^_^


Sunday, July 21, 2019

Kuih Ondeh-ondeh Bijan Berlabu @ Kuih Bom

Kuih ondeh-ondeh @ Kuih bom yang aku buat sebenarnya sama dengan kuih yang biasa korang makan dekat kedai tu. Cuma yang beza & specialnya resepi aku nie, aku pakai inti kacang merah dan labu. Jadi rasanya memang sangat sedap dan menjadi tarikan orang yang mengenali aku untuk menempah.

Ini kuih Ondeh-ondeh bijan berlabu yang aku buat pakai tepung pulut putih dan pulut hitam.


Bahan-bahannya
(40 -55 biji) 
1. Tepung pulut putih 1 paket. 
2. Labu 250gm. Dalam 2 ruas garisan yang dekat lekuk buah labu tu. (direbus dan dilenyak)
3. Inti kacang merah. (dibulatkan ikut saiz 2 biji guli dalam 40 biji). Selalu aku beli dekat kedai bakeri, dalam RM6.99 untuk 1kg. Untuk senang bentukkannya, masukan ke dalam peti ais dan bentukkan semasa ia masih sejuk. Jangan letak di tempat beku ye 😉😉😉
4. Bijan putih 300gm.
5. Gula kasar 1 sudu besar.
6. Garam secukup rasa.
7. Esen vanila 1 sudu besar.
8. Minyak untuk menggoreng.
9. 1 cawan air.

Cara membuatnya
1. Masukkan labu yang dilenyek, 1 sudu gula, 1 sudu esen vanila & sedikit garam ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati & tak perlu lama-lama sebab kita bukan nak buat kek.
2. Asingkan 5 sudu besar tepung pulut putih ke dalam bekas kecil untuk ditabur di atas loyang & untuk standby jika adunan melekat pada tangan.
3. Selepas itu masukkan tepung pulut ke dalam bekas yang ada sebatian labu. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Jangan buat adunan terlalu lembik sebab nanti susah nak menggorengnya. Janji dia sebati dan tidak melekat pada tangan.
4. Bulatkan adunan sebiji-sebiji mengikut saiz bola pingpong.
5. Sediakan loyang yang telah ditabur tepung pulut.
6. Tuang bijan ke dalam pinggan dan ketepikan.
7. Keluarkan inti dari peti ais, kemudian masukkan inti ke dalam adunan tepung yang dileperkan dan bentukkan bulat.
8. Golek-golekkan adunan ke dalam bijan supaya keseluruhannya diselaputi dengan bijan.
9. Buat sehingga abis.
10. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. (tip untuk menggoreng supaya kuih tidak meletup dan pecah: panaskan minyak dengan api sederhana dan kecilkan api semasa menggoreng). Sentiasa balik-balikkan dan pusingkan kuih supaya seluruh permukaan garing.
11. Angkat kuih ke dalam pinggan yang telah dilapiskan dengan tisu supaya tidak berminyak. Kalau tak ada tisu,  toskan saja dengan penapis. Bukan penapis air ye, nanti berlubang 😆😆😆


Tada!!! Siap untuk dimakan. Kalau nak lagi lain daripada yang lain gantikan inti kepada coklat Cadbury. Aku dah cuba buat memang laku keras. Masa tu buat pakai coklat cadbury yang mix dengan kacang almond. Jadi kalau ada tetamu yang istimewa boleh la try hidangkan dengan inti coklat, memang anak-anak mereka suka. Lain daripada yang lain.

Ayam herba dan lobak putih

Hujung minggu mesti setiap suri rumah pening nak masak apa. Kadang asik ulang-ulang resepi yang sama je setiap minggu.
Apa kata hari nie masak ayam herba dengan lobak putih... Pasti terangkat selera anda.
Resepi nie sangat sihat dan sesuai dimakan ketika cuaca agak dingin.



Cara-cara membuatnya.
 (Untuk 2 orang makan) 
1. Sepeket rempah herba ayam. 
2. Ayam separuh. (dibelah 2 lagi) 
3. Air 1 liter. 
4. Lobak putih 1 biji. 
5. Udang kering 2 sudu besar. (ikut citarasa anda, untuk dapatkan rasa umami) 
6. Cili padi 1 tangkai. (dicincang halus) 
7. Bawang putih 3 ulas. (dicincang halus) 
8. Minyak masak sedikit untuk menumis. 
9. Garam dan perasa makanan. 

Pertama sekali kita masak ayam herba dulu,  sebab kena tunggu dalam 20 hingga ke 30 minit.
Masak ayam nie tersangat la senang dan 
menjadi kegemaran aku sebulan sekali. 

Ayam Herba 123

1. Basuh ayam sehingga bersih,  buang segala lemak-lemak dan kulit. (aku memang buang semua kulit kalau buat ayam herba nie,  almaklumlah sedang TTC untuk baby ke-2 sejak keguguran dulu). Jadi aku tak boleh makan banyak sangat ayam yang disuntik nie lagi-lagi kulit dia. Kalau anda guna ayam kampung atau ayam organik sangatlah bagus. Rasa dia lagi sedap. Tapi mana nak cari ayam organik nie, memang susah. 

2. Apabila sudah siap cuci ayam, tuangkan 1 liter air ke dalam periuk,  masukan rempah herba, ayam dan tutup. Masak dengan api sederhana sehingga masak lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Nie rempah herba yang aku selalu beli dekat Mydin.  Harga dia dalam RM6.00 bergantung kepada jenama & yang penting kena tengok logo halal dulu. Bukan apa untuk hilangkan rasa was-was. 

Kalau korang perasan ada 2 peket kecil dekat gambar herba tu. Yang warna putih tu korang terus masukkan je dalam periuk, jangan korang koyakkan pula dan masukkan dalam periuk. Nanti kena tapis pula lepas dah siap masak. Jenuh sangat. Kemudian yang peket dalam plastik tu selalu buah kering seperti longan, kurma merah dan goji, yang nie baru korang koyakkan plastik dia dan terus masukkan ke dalam periuk. (tak payah cuci,  nanti hilang khasiat buah kering tu 😂😂😂)

Untuk ayam kampung korang kena masak lama sikit bergantung kepada kelembutan dagingnya. Tapi lagi sedap berbanding daging ayam yang disuntik, sebab kenyal dan liat sikit. 

3. Akhir sekali kalau kuah sup agak tawar tambahkan sedikit garam & kalau kuah agak kering dan masin tambahkan sedikit air. 

Lobak Putih Udang Kering

1. Kikis kulit lobak putih dengan menggunakan pisau dan cuci bersih.
2. Belah sebiji lobak itu kepada 2 bahagian dan potong ikut ketebalan yang korang suka. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan sebentar.
3. Panaskan kuali,  masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih,  cili padi dan udang kering. Tumis sehingga naik bau dan masukkan lobak putih. 
4. Masukkan garam dan perasa ikut selera anda. Jeng- jeng sedia dihidang. Aku suka masak lobak putih nie tak terlalu lembik,  sedang-sedang je, kalau lembik sangat tak sedap nak makan. 



Cubalah resepi nie,  senang dan cepat. Nantikan resepi lain lagi minggu hadapan setiap hari Ahad sebelum pukul 12 tengah hari.

Nantikan pula resepi kuih ondeh-ondeh bijan berlabu untuk menu minum petang hari ini. Resepi akan diberikan pada ruangan yang lain. 



Alhamdulillah, terima kasih tuhan

Tahun demi tahun berlalu,  alhamdulillah hampir 2 tahun setengah kita bersama.
Banyak cabaran yang kita hadapi.
Tapi kamu masih seperti dahulu. Tetap sweet dan romantik. Tiada apa yang kurang walau kita sentiasa sibuk dalam kerjaya.
Terima kasih sayang di dunia dan di akhirat.

Thursday, July 25, 2013

Dugaan Puasa ^_^

     Kalau soal puasa nie mesti banyak dugaannya lebih-lebih lagi soal mengawal mata daripada terus mengantuk...Hehehhehehe...Mata memang persoalan yang sangat besar...bak kata orang dari mata turun ke hati. So lebih kurang sama juga dengan mengantuk di bulan puasa..kalau mata tak rasa mengantuk manakan hati mahu berkata-kata untuk suruh tido...kihkihkihkih

     Nak cakap orang aku pun sama...disebabkan mengantuk habis tulisan jadi tulisan cacing...bulat-bulat...bengkok-bengkok...garis sana sini...aduh kalah tulisan budak darjah satu...sabor-sabor.

   Tapi yang super duper kelakar boleh pula tertido time tengah kira akaun...hohohoho...boleh tersilap kira macam tu...okey esok pagi check balik ye...ni bukan tahap mengantuk...tapi tahap nak kena penampar kalau bos tengok...hopefully akaun yang nak kena submit esok okey la...petang tadi lepas tarik balik invoice dari salah seorang creditors terus malas nak check balik...hhoohohohoh bertimbun la kerja esok...Nasib baiklah akaun untuk term loan dengan hire purchase sudah siap...Aisshhh kalau macam ni selalu boleh parah jadinya ^_^