Sunday, July 28, 2019

Sandwich Kobis Ungu

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk menikmati hidup ini.

Ok hari nie aku akan kongsikan resepi sarapan pagi Sandwich kobis ungu.
Bahan-bahan dia cukup senang, hanya gunakan apa saja yang ada di dapur. Apa-apa pun boleh.



Bahan-Bahan
1. Telur 2 biji
2. Roti vanila kosong 2 biji
3. Sos lada hitam 2 sudu besar
4. Bawang holland saiz sedang 1 biji (di potong memanjang) 
5. Ayam keping (aku pakai jenama Figo)  
6. Mayonis 3 sudu besar
7. Sos cili 1/2 sudu besar
8. Susu segar full cream 1/2 cawan atau 1 kotak kecil
9. Minyak masak 3 sudu besar 
10. Balance makanan frozen(nugget ayam) 
11. Garam dan perasa makanan

 Nie roti yang aku pakai.
Kalau tak ada pakai roti keping pun ok.

Kalau tak ada ayam keping boleh juga gunakan daging ayam biasa yang telah digoreng dengan sedikit minyak. Kalau ada balance ayam golek atau ayam percik pun boleh guna. Tapi korang kena asingkan tulangnya lah. 


Cara-cara membuatnya

1. Pecahkan telur dan pukul dalam mangkuk.
2. Belah roti kepada 2 bahagian dan ketepikan. 
3. Panaskan kuali, letakkan 1 sudu besar minyak tuangkan separuh bahagian telur dan letakkan roti diatasnya. Garingkan kulit roti mengikut tahap kegaringan yang korang suka. Dah siap buat 2 biji roti, gorengkan pula balance 4 biji nugget yang tinggal menggunakan 2 sudu besar minyak.  




4. Angkat dan sapukan 1 sudu besar mayonis di atas kedua-dua roti.


5. Tumiskan bawang Holland dengan balance minyak yang ada di kuali. Selepas seketika masukkan 2 sudu besar sos lada hitam. Aku suami isteri tak berapa makan pedas, jadi aku letak 2 sudu je. Kalau korang jenis suka pedas tambah 3 sudu besar. 

6. Lepas tu masukkan susu, 1/2 sudu sos cili, 1 sudu mayonis dan ayam keping ke dalam kuali. 
Gaul sehingga kepingan ayam masak. Masukkan sedikit garam dan perasa. 


7. Setelah siap curahkan di atas roti. 

8. Untuk salad, racik sedikit kobis ungu. Masukkan mayonis dan sedikit garam dan gaul sebati. Kalau tak ada kobis ungu, gantikan dengan kobis biasa atau timun. 


Ok sedia untuk masuk ke dalam mulut. 
Selalunya untuk sarapan pagi aku suami isteri makan dalam satu pinggan yang sama bukan sebab sweet manis-manis romantis ya tapi sebab malas nak basuh banyak pinggan 😂😂😂

Selamat mencuba ^_^


No comments:

Post a Comment