Sunday, July 21, 2019

Kuih Ondeh-ondeh Bijan Berlabu @ Kuih Bom

Kuih ondeh-ondeh @ Kuih bom yang aku buat sebenarnya sama dengan kuih yang biasa korang makan dekat kedai tu. Cuma yang beza & specialnya resepi aku nie, aku pakai inti kacang merah dan labu. Jadi rasanya memang sangat sedap dan menjadi tarikan orang yang mengenali aku untuk menempah.

Ini kuih Ondeh-ondeh bijan berlabu yang aku buat pakai tepung pulut putih dan pulut hitam.


Bahan-bahannya
(40 -55 biji) 
1. Tepung pulut putih 1 paket. 
2. Labu 250gm. Dalam 2 ruas garisan yang dekat lekuk buah labu tu. (direbus dan dilenyak)
3. Inti kacang merah. (dibulatkan ikut saiz 2 biji guli dalam 40 biji). Selalu aku beli dekat kedai bakeri, dalam RM6.99 untuk 1kg. Untuk senang bentukkannya, masukan ke dalam peti ais dan bentukkan semasa ia masih sejuk. Jangan letak di tempat beku ye 😉😉😉
4. Bijan putih 300gm.
5. Gula kasar 1 sudu besar.
6. Garam secukup rasa.
7. Esen vanila 1 sudu besar.
8. Minyak untuk menggoreng.
9. 1 cawan air.

Cara membuatnya
1. Masukkan labu yang dilenyek, 1 sudu gula, 1 sudu esen vanila & sedikit garam ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati & tak perlu lama-lama sebab kita bukan nak buat kek.
2. Asingkan 5 sudu besar tepung pulut putih ke dalam bekas kecil untuk ditabur di atas loyang & untuk standby jika adunan melekat pada tangan.
3. Selepas itu masukkan tepung pulut ke dalam bekas yang ada sebatian labu. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Jangan buat adunan terlalu lembik sebab nanti susah nak menggorengnya. Janji dia sebati dan tidak melekat pada tangan.
4. Bulatkan adunan sebiji-sebiji mengikut saiz bola pingpong.
5. Sediakan loyang yang telah ditabur tepung pulut.
6. Tuang bijan ke dalam pinggan dan ketepikan.
7. Keluarkan inti dari peti ais, kemudian masukkan inti ke dalam adunan tepung yang dileperkan dan bentukkan bulat.
8. Golek-golekkan adunan ke dalam bijan supaya keseluruhannya diselaputi dengan bijan.
9. Buat sehingga abis.
10. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. (tip untuk menggoreng supaya kuih tidak meletup dan pecah: panaskan minyak dengan api sederhana dan kecilkan api semasa menggoreng). Sentiasa balik-balikkan dan pusingkan kuih supaya seluruh permukaan garing.
11. Angkat kuih ke dalam pinggan yang telah dilapiskan dengan tisu supaya tidak berminyak. Kalau tak ada tisu,  toskan saja dengan penapis. Bukan penapis air ye, nanti berlubang 😆😆😆


Tada!!! Siap untuk dimakan. Kalau nak lagi lain daripada yang lain gantikan inti kepada coklat Cadbury. Aku dah cuba buat memang laku keras. Masa tu buat pakai coklat cadbury yang mix dengan kacang almond. Jadi kalau ada tetamu yang istimewa boleh la try hidangkan dengan inti coklat, memang anak-anak mereka suka. Lain daripada yang lain.

No comments:

Post a Comment