Thursday, July 25, 2013

Dugaan Puasa ^_^

     Kalau soal puasa nie mesti banyak dugaannya lebih-lebih lagi soal mengawal mata daripada terus mengantuk...Hehehhehehe...Mata memang persoalan yang sangat besar...bak kata orang dari mata turun ke hati. So lebih kurang sama juga dengan mengantuk di bulan puasa..kalau mata tak rasa mengantuk manakan hati mahu berkata-kata untuk suruh tido...kihkihkihkih

     Nak cakap orang aku pun sama...disebabkan mengantuk habis tulisan jadi tulisan cacing...bulat-bulat...bengkok-bengkok...garis sana sini...aduh kalah tulisan budak darjah satu...sabor-sabor.

   Tapi yang super duper kelakar boleh pula tertido time tengah kira akaun...hohohoho...boleh tersilap kira macam tu...okey esok pagi check balik ye...ni bukan tahap mengantuk...tapi tahap nak kena penampar kalau bos tengok...hopefully akaun yang nak kena submit esok okey la...petang tadi lepas tarik balik invoice dari salah seorang creditors terus malas nak check balik...hhoohohohoh bertimbun la kerja esok...Nasib baiklah akaun untuk term loan dengan hire purchase sudah siap...Aisshhh kalau macam ni selalu boleh parah jadinya ^_^

Tuesday, July 16, 2013

WELCOME HOME

        Alhamdulillah dengan segala rahmatmu Ya Allah, minggu ni sudah hampir 2 minggu kita berpuasa...Wow tak sabarnya nak raya tahun nie...Emmm so excited..semoga segala pintu rezeki terbuka seluas pintu syurgamu Ya Allah...Semoga juga dapat peluang pekerjaan yang lebih baik daripada sekarang. In shaa Allah pasti ada peluang yang lebih baik selepas ini... Ya Rabbb semoga engkau perkenankan doa-doaku...
My Sweet memory ^_^

         Apa yang pasti sekarang semoga segalanya dipermudahkan. ...Semoga cinta milik mereka yang menghargainya  have a nice day korang ^_^.

Monday, July 15, 2013

3 HARI LAGI ^_^

Istanbul Aku Datang memang buat aku gila...hahhahaha...sebenarnya teruja sangat bila tengok cerita ini...love the story line dia...babak cerita dia pun best...Anyway, aku rasa termasuk malam ini plus yang ditayangkan di Astro sudah berbelas kali...kalau tengok lagi cukuplah 18 kali aku tengok...18 kali????? Gila ke apa kau ini Lily...hahahahahha...Well...hahhaha

18 haribulan sebenarnya sangat special bagi aku dalam bulan ramadhan ni...macam burger special dan abc special kegemaran aku...18 Julai 2013...ermmmm so excited sebab khamis ni my birthday...Ermmm ada orang ingat ke birthday aku nie...I wish dapat la bunga favorite aku tu...hahahhaaha...ataupun dapat lihat senyuman itu kembali...even dalam mimpi...stop Lily jangan nak buat propa...lalallalalalalallalalaala

But, it so sweet tau kalau dapat bunga kegemaran aku tu bukan senang nak ada kat kedai-kedai bunga...hahhaha...so kira memilih plus beruntung la aku ni...hahahhaa...bunga tahi ayam pun bunga juga cik Lily oiiiiii....macam la kau tu artis nak bunga Lily Casablanca segala bagai tu...tak habis-habis berangan.....

Berangan????? mestilah tidak boleh dipisahkan dengan aku...one more thing...aku kalau jumpa dengan orang yang aku minat...secara automatik aku akan suddenly jadi pendiam sebentar untuk beberapa minit....hahahahaha...Korang pun mesti pernah alami jugak...tapi korang pandai control...betul tak...siapa rasa betul meh angkat bulu hidung...hahahhaa...well siapa yang ada la....kalau yang tak da tu paham-paham sudah...kihkhkihih...senget kau punya kepala Lily...but ayat yang paling aku suka... Ngek ngok kau Lily ^_^
Ermmm dalam bulan ramadan ini apa ye perkara paling best selain jadi penyiasat tidak bertaulilah...opsss yang pasti mestilah utamakan ibadah wajib dan sunat dulu...Ok ni benda lain yang korang buat selain tu...contohnya macam cipta resepi baru ke...usha-usha baju raya ke...tanam pokok bunga...design laman...

Kalau korang tanya aku...apa yang paling best aku buat adalah BERANGAN...perkara ni memang tak boleh deny la...best tau berangan nie...hahahahahahahah...at least dapat relaxkan kepala saraf ni daripada bebanan kerja...itulah susahnya jadi kuli...gaji sikit tapi buat kerja macam orang atas...Ok jangan nak merungut sangatlah...bersyukur dengan apa dugaan yang telah diberikan..sebab setiap dugaan itu dapat mematangkan kita...

        Have a nice day korang...Siapa yang sambut birthday pada bulan ni aku ucapankan Selamat hari kelahiran...Semoga ceria-ceria selalu dan dipermudahkan segala kehidupan didunia dan akhirat dan diluaskan  segala pintu-pintu rezeki...Amin ^_^

Sunday, July 14, 2013

AKU DATANG...

           Selepas berminggu-minggu meninggalkan dunia blog akhirnya kembali juga aku ke diari mayaku... First of all aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia... Semoga segala amal kita diterima olehnya...amin

          Alhamdulillah sekali lagi kepada ilahi kerana diberi kesempatan untuk menikmati hidup ini kembali...But the best thing in my life bulan lepas dapat  luangkan masa bercuti dengan kawan-kawan di Sabah...Super best di sana... The best thing is ada my kembar dekat sana...She know the biggest secret in my heart...hahahhaha...not too big la...propa la sangat....Hopefully persahabatan kami tidak akan putus walaupun sudah beranak cucu..hahahahhhaha...menggatal tak sudah-sudah... Ya Allah permudahkanlah jodohku...Amin ya Rabb..
SHE IS MY TWIN AKA MY SUPERB GOERGEOUS KEMBAR ^_^


           Anyway, sebenarnya ada masalah yang mungkin kepala otak aku create sendiri or apa entah... Why Lily Casablanca kau ingat kembali kenangan dulu...stop it...He not belong to you...sedarlah diri tu...you mean nothing to him..MEANINGLESS!!!No More memori tentang Ramkhamheng.

Sunday, April 28, 2013

When I was Your Man ^_^

        First of all nak say sorry banyak-banyak sebab xboleh nak publish bab pertama novel yang saya tulis...my lappy meragam, so habislah semua documen dalam tu hilang. Nak menangis guling-guling tahap tapir pun sudah tak guna...so kena start dari awal untuk cari balik idea. Memang nak start menulis dah..tapi kerja di office sibuk sikit bulan ni..biasalah new job...byk data yg perlu di key in kan. In shaa Allah awal bulan depan.
       Berbalik kepada tajuk berita aku aka lily "When i was your man" ni sebenarnya ada cerita pelik la. Tapi tak la pelik sangat pun. Nak judge pun xtahu...hahahhahha...mabuk la kau lily. No...just nak melayan perasaan je...tajuk lagu Bruno Mars ni memang menarik. Sangat-sangat menarik sampai terasa nak balik ke zaman batu semula. Duduk dalam tempurung then meroyan..hahahhaha. No la aku tak akan buat kerja gila macam tu. Sometimes sentap juga hati bila dok ulang-ulang lagu ni. Ini semua gara-gara ada seorang aunty dekat my office la pasang lagu ni. Tak pasal-pasal aku pun mereng gara-gara lagu ni.
       Menyesal sebab kenangan semalam. No. aku tak pernah menyesal. Walaupun sekarang hidup sorang-sorang. Ye la kita perlu teruskan kehidupan. Bukan menyerah atau menyesal. Aku bersyukur sebab aku boleh terima kehidupan ini yang tak selamanya kita perlu menanti. Kadang penat juga menanti dan menunggu. Tapi aku tak pernah mengeluh. Sebab dalam hati aku sentiasa berharap akan ada tangan yang sudi menghulurkan bunga lily casablanca yang tulus dari hati suatu hari nanti. In shaa Allah. Hahahahahaha...well i never stop untuk berdreaming nie.
      To semua orang yang di luar sana. Jangan pernah berhenti untuk dapatkan seseorang yang anda cintai. Then setelah dapat tu, janganlah cuba hancurkan hati yang pernah anda curi tu. Jangan biarkan dia penat menunggu dan menunggu. Kerna apabila dia sudah penat, mungkin dia tidak akan pernah menerima anda kembali.
       Aduh,,, suddenly teringat pula peristiwa dekat Thailand dulu. Really2 tak boleh nak lupakan. Hohohoho senyuman apakah itu yang seringkali bermain di minda. Okey delate terus ^_^
       Lagi satu perkara if u love someone...or hanya dapat cintakan seseorang tu dalam hati.. itu terpulang pada anda. Kalau itu dapat membahagiakan anda. Why not kan. Mungkin dari itu anda dapat lihat orang yang anda sayang bahagia. Tak salah anda melihat mereka bahagia. Tapi anda juga harus berjuang untuk mendapat kebahagiaan anda sendiri juga. Prinsip aku jangan mengharap dan berhenti berharap. Peduli la apa yang orang nak kata. In shaa Allah kalau ianya datang dari hati yang ikhlas. Suatu hari nanti pasti anda pula akan jumpa juga pendamping anda hingga ke jannah.
       So mari kita gamati bait-bait lirik lagu ni. Kadang kita tak sedar kita pernah melukakan hati seseorang. Kadang kita terlalu takut untuk meluahkan perasaaan. Kadang kita selalu biarkan orang yang kita cintai menunggu terlalu lama. Kadang kita selalu memberi terlalu banyak harapan sampai tiada satu harapan yang kita dapat berikan kepada dia. Kadang kita terlalu takut untuk kecewa. Kadang kita tidak sedar orang yang kita sayang pernah ada dan mungkin ada di sekeliling kita. Teruskan tersenyum kerana senyuman itu pemanis dunia ^_^

WHEN I WAS YOUR MAN

Same bed, but it feels just a little bit bigger now
Our song on the radio, but it don’t sound the same
When our friends talk about you all it does is just tear me down
Cause my heart breaks a little when I hear your name
It all just sound like uh, uh, uh

Chorus:
Hmmm too young, to dumb to realize
That I should've bought you flowers and held your hand
Should've given you all my hours when I had the chance
Take you to every party cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing, but she’s dancing with another man.

Uh, My pride, my ego, my needs and my selfish ways
Caused a good strong woman like you to walk out my life
Now I'll never, never get to clean up the mess I made, ohh
And it haunts me every time I close my eyes
It all just sounds like uh, uh, uh, uh

Chorus:
Hmm, Too young, to dumb to realize
That I should have bought you flowers and held your hand
Should have given all my hours when I had the chance
Take you to every party cause all you wanted to do was dance
Now my baby is dancing, but she’s dancing with another man.

Although it hurts I’ll be the first to say that I was wrong
Oh, I know I’m probably much too late
To try and apologize for my mistakes
But I just want you to know
I hope he buys you flowers, I hope he holds yours hand
Give you all his hours, when he has the chance
Take you to every party cause I remember how much you loved to dance
Do all the things I should've done when I was your man
Do all the things I should've done when I was your man

Tuesday, March 5, 2013

KERJA OH KERJA

       Setiap orang mesti menghadapi masalah apabila mula mencari kerja. Begitu juga dengan aku, kerja kat Johor ni berlambak-lambak antara hendak ataupun tidak. Bila sudah dapat kerja, masalah pengangkutan juga yang terjadi. Hendak dijadikan cerita aku la orangnya. Fuh susah juga kalau tidak ada kereta sendiri nie, hendak pinjam kereta orang alamatnya kena cakap belakang la, walaupun dengan adik-beradik sendiri...taubat-taubat. Ini kali terakhir aku bergantung dengan orang. Gara-gara ini juga aku terpaksa tolak jawatan Operation Manager di salah sebuah cawangan company yang baru hendak dibuka di tempat aku..Tapi nak buat macam mana memang tidak ada rezeki. Nasib baik ada mummy yang banyak memberikan galakan dan sokongan tulang belakang aku. Sedih juga bila terpaksa menolak offer yang diberikan setelah penat pergi interview. Mana tidak sedih, aku rasa cita-cita aku terkubur kalau aku tak dapat kerja nie...Ofcouse la, kalau tidak kerja macam mana hendak fikir untuk bayar segala bil-bil, pinjaman PTPTN, simpanan nak beli kereta lagi. HOHOHHHHOHO

       Hendak dijadikan cerita hari ini 5 Mac 2013, aku gagahkan diri untuk telefon bakal bos tak jadi aku tu. Nasib baik dia understanding bila aku menghadapi masalah "KONFLIK PENGANGKUTAN" untuk terima offer yang dia bagi tu. Penat punya explain, dengan speeking yang agak terabur, akhirnya bos tu mengalah juga dengan keputusan aku. Aku cakap, memang kerja yang dia offer tu bukan rezeki aku sebab kena manage sebuah cawangan sampai pasaraya tu tutup. Aku memang tak boleh balik selepas pukul 10 malam, yer la nak pinjam kereta orang pi kerja pun susah asyik kena bebel. Mana tahan telinga aku. So aku terpaksa juga tolak offer tu. Tapi hanya Tuhan saja yang tahu ketika itu, bakal bos tidak jadi aku tu offer aku jadi PA dia...Ya Alllah, rezeki-rezeki, peluang hanya datang sekali seumur hidup, dengan gaji yang agak lumayan dan boleh pergi bercuti AKA outstation hahahaahah, aku rasa this is my new life. Aku rasa aku sudah boleh nampak bayang-bayang kereta aku sendiri pertengahan tahun nie. Anyway, aku harap yang keputusan aku nie tidak salah, Ya Allah permudahkan rezeki dan kelebihan yang banyak padaMu supaya hamba Mu ini juga merasai kebaikan rahmatmu.

       Buat semua, betul kata orang bukan senang hendak senang, banyak cabaran yang kita perlu lalui untuk mendapat apa yang kita impikan. Lagipun sekarang bukan senang hendak cari kerja, kita tidak boleh memilih sangat. "tapi " peristiwa nie buat aku teringat pada seorang staff di tempat aku belajar dulu yang jangan jadikan Ijazah kita sebagai tempurung kelapa untuk meminta seperti seorang sedekah" maksudnya pada pandangan akulah jangan jadikan IJAZAH kita sebagai tiket yang kita boleh dapat pekerjaan dan berlagak, tapi gunakan bakat yang kita ada untuk melayakkan diri kita mendapat pekerjaan itu walaupun kita terpaksa bermula dari bawah ^_^

       Segala puji bagi Allah yang Maha Mengasihani dan Pemurah. Aku bersyukur kepadamu Ya Rabb. ALHAMDULILLAH semoga aku dapat melalui kerja sebagai seorang PA ini dengan lancar tanpa ada dugaan yang tidak mampu aku tanggung. Esok aku bagi keputusan, dan mungkin aku sudah boleh start kerja khamis ini......Ya Allah permudahkanlah segalanya agar aku boleh beli kereta tahun ini juga. Amin.