Sunday, July 21, 2019

Ayam herba dan lobak putih

Hujung minggu mesti setiap suri rumah pening nak masak apa. Kadang asik ulang-ulang resepi yang sama je setiap minggu.
Apa kata hari nie masak ayam herba dengan lobak putih... Pasti terangkat selera anda.
Resepi nie sangat sihat dan sesuai dimakan ketika cuaca agak dingin.



Cara-cara membuatnya.
 (Untuk 2 orang makan) 
1. Sepeket rempah herba ayam. 
2. Ayam separuh. (dibelah 2 lagi) 
3. Air 1 liter. 
4. Lobak putih 1 biji. 
5. Udang kering 2 sudu besar. (ikut citarasa anda, untuk dapatkan rasa umami) 
6. Cili padi 1 tangkai. (dicincang halus) 
7. Bawang putih 3 ulas. (dicincang halus) 
8. Minyak masak sedikit untuk menumis. 
9. Garam dan perasa makanan. 

Pertama sekali kita masak ayam herba dulu,  sebab kena tunggu dalam 20 hingga ke 30 minit.
Masak ayam nie tersangat la senang dan 
menjadi kegemaran aku sebulan sekali. 

Ayam Herba 123

1. Basuh ayam sehingga bersih,  buang segala lemak-lemak dan kulit. (aku memang buang semua kulit kalau buat ayam herba nie,  almaklumlah sedang TTC untuk baby ke-2 sejak keguguran dulu). Jadi aku tak boleh makan banyak sangat ayam yang disuntik nie lagi-lagi kulit dia. Kalau anda guna ayam kampung atau ayam organik sangatlah bagus. Rasa dia lagi sedap. Tapi mana nak cari ayam organik nie, memang susah. 

2. Apabila sudah siap cuci ayam, tuangkan 1 liter air ke dalam periuk,  masukan rempah herba, ayam dan tutup. Masak dengan api sederhana sehingga masak lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Nie rempah herba yang aku selalu beli dekat Mydin.  Harga dia dalam RM6.00 bergantung kepada jenama & yang penting kena tengok logo halal dulu. Bukan apa untuk hilangkan rasa was-was. 

Kalau korang perasan ada 2 peket kecil dekat gambar herba tu. Yang warna putih tu korang terus masukkan je dalam periuk, jangan korang koyakkan pula dan masukkan dalam periuk. Nanti kena tapis pula lepas dah siap masak. Jenuh sangat. Kemudian yang peket dalam plastik tu selalu buah kering seperti longan, kurma merah dan goji, yang nie baru korang koyakkan plastik dia dan terus masukkan ke dalam periuk. (tak payah cuci,  nanti hilang khasiat buah kering tu 😂😂😂)

Untuk ayam kampung korang kena masak lama sikit bergantung kepada kelembutan dagingnya. Tapi lagi sedap berbanding daging ayam yang disuntik, sebab kenyal dan liat sikit. 

3. Akhir sekali kalau kuah sup agak tawar tambahkan sedikit garam & kalau kuah agak kering dan masin tambahkan sedikit air. 

Lobak Putih Udang Kering

1. Kikis kulit lobak putih dengan menggunakan pisau dan cuci bersih.
2. Belah sebiji lobak itu kepada 2 bahagian dan potong ikut ketebalan yang korang suka. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan sebentar.
3. Panaskan kuali,  masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih,  cili padi dan udang kering. Tumis sehingga naik bau dan masukkan lobak putih. 
4. Masukkan garam dan perasa ikut selera anda. Jeng- jeng sedia dihidang. Aku suka masak lobak putih nie tak terlalu lembik,  sedang-sedang je, kalau lembik sangat tak sedap nak makan. 



Cubalah resepi nie,  senang dan cepat. Nantikan resepi lain lagi minggu hadapan setiap hari Ahad sebelum pukul 12 tengah hari.

Nantikan pula resepi kuih ondeh-ondeh bijan berlabu untuk menu minum petang hari ini. Resepi akan diberikan pada ruangan yang lain. 



No comments:

Post a Comment